
Monday, February 28, 2011
Satu cabaran dan impian dalam hidup

Tuesday, January 25, 2011
Friday, July 23, 2010
hujan dan tanda tanya..kemana pergi harta negara?
Friday, May 7, 2010
Wednesday, November 19, 2008
Wednesday, November 5, 2008
Benarkah bahasa Inggeris penyebab kegagalan pelajar?
MASALAH keciciran pelajar Melayu dalam bidang akademik tidak dapat disembunyikan lagi malahan menjadi semakin serius, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar lelaki.
Berbagai alasan diberikan seperti susah, cikgu kerap tak masuk kelas, pengajaran cikgu sukar difahami, beban kerja rumah terlalu banyak dan seribu satu macam alasan lagi. Setiap kali mereka gagal, mereka hanya perlu menyenaraikan alasan tersebut sekiranya ditanya sebab-sebab kegagalan (itu pun jika ditanya atau diambil peduli oleh ibu bapa).
Bagaimanapun kini mereka tidak perlu lagi memberi alasan jika gagal, terutama subjek Sains dan Matematik.
Satu Malaysia sudah tahu mereka gagal kerana subjek tersebut diajar dalam bahasa Inggeris. Bertuah badan.
Ibu bapa tidak salahkan mereka, tetapi salahkan kerajaan yang memperkenalkan dasar tersebut.
Benarkah bahasa Inggeris menjadi penyebab kegagalan mereka? Berapa pula markah yang mereka perolehi dalam subjek Sejarah, Geografi, malahan Bahasa Malaysia yang diajar dalam bahasa Melayu?
Percayalah, kebanyakan pelajar yang dapat E dalam subjek Sains dan Matematik juga gagal dalam subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu atau paling baik mereka hanya mencapai D sahaja. Tak bolehkah mereka dapat A atau B bagi subjek yang diajar dalam bahasa Melayu?
Keciciran pelajar tidak boleh dikaitkan seratus peratus dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris.
Akuilah bahawa pelajar bangsa kita sememangnya telah kehilangan semangat untuk bersaing, mudah menyerah kalah, kurang disiplin, gilakan hiburan, suka memberi alasan, tiada inisiatif dan paling penting malas.
Malangnya sifat mudah menyerah kalah dan suka memberi alasan ini dikongsi bersama oleh sesetengah ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat. Lalu mereka pun bersidang dan membuat satu senarai alasan, mengapa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris patut dihapuskan. Bertuah pelajar kita.
Adalah lebih baik jika kita mencari jalan bagaimana cara meningkatkan jati diri pelajar, meningkatkan daya juang, berdisiplin, tidak mudah menyerah kalah dan berhenti memberi alasan.
Thursday, October 23, 2008
hijrah ku
perjalanan menaiki bas dari skudai ke Kangar...amat panjang masanya...lebih 12 jam...
Thursday, September 25, 2008
Sunday, September 14, 2008
Saturday, September 13, 2008
A very important message to everyone, please read it carefully.
65 minutes of connection between mobiles.
We assembled something as per image:

Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. ..
During the first 15 minutes nothing happened;
25 minutes later the egg started getting hot;
45 minutes later the egg is hot;
65 minutes later the egg is cooked.

Conclusion: The immediate radiation of the mobiles has the potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.
Please try to reduce long time calls on mobile phones and pass this mail to all your friends you care for.
Friday, September 12, 2008
Raja Petra ditahan mengikut ISA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).
“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama
Friday, September 5, 2008
Rakyat berjimat untuk bagi pemimpin macam nih pergi makan angin kat luar negera
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.
Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.
``Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini. - Utusan
Friday, August 29, 2008
Merdeka pada pandangan aku!!!
manusia rasa hebat bila ?
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai seluar londeh supaya nampak underwear.
4. Memakai tudung tetapi pakai baju dan seluar ketat.
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk membuka aurat (bagi lelaki)
7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa
berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk
menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa sama-sama meminati rancangan realiti bersama anak-anak, siap lebih-lebih lagi SMS
WAHAI INSAN, WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Pesanan untuk diriku yang mudah lupa.
Tuesday, August 26, 2008
Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459 1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398
kredit:utusan meloya
Merdeka untuk negara yang bernama Malaysia
Monday, August 25, 2008
di mana melayu berada????
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu
melayu rela jadi Hang Tuah setia mebabi buta kepada pemimpin
melayu takut jadi hang jebat sebab takut tak de project.
kredit:isuhangat


































